Saturday, February 18, 2012

INDUSTRI AKUAKULTUR

Ramai yang tidak tahu tentang akuakultur. Akuakultur sebenarnya boleh menjana pendapatan yang lumayan kepada mereka yang sanggup untuk melaburkan pengetahuan, pengalaman dan wang ringgit. Dari pengalaman saya sendiri, industri akuakultur memang sudah berkembang di Sabah tapi hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan sebagainya. Kalau di tempat saya sendiri iaitu Keningau, masih kurang masyarakat yang melibatkan diri dalam akuakultur. Kalau ada pun kolam-kolam yang ada diusahakan untuk sementara waktu sahaja. Selepas itu jadi kolam terbiar dan pada pendapat saya ini sesuatu yang merugikan dan membazir wang ringgit. Kalau kolam tersebut terus diusahakan, saya rasa pendapatan akan datang berterusan. 

Satu lagi kekurangan yang saya lihat sendiri di daerah Keningau ini, kurang atau tiada langsung hatceri atau pusat pembenihan ikan atau udang air tawar. Permintaan bagi benih ikan air tawar seperti Tilapia memang tinggi tapi penghasilan benih ikan tilapia kurang. Yang ada cuma 1 sahaja tempat dan tempat tersebut milik Jabatan Perikanan Sabah. Tempat itu juga tidak dapat menampung permintaan tinggi terhadap benih ikan tilapia dan pada pendapat saya ini merupakan peluang untuk menjana pendapatan dengan menghasilkan benih ikan tilapia. Cakap memang senang dan saya tahu ramai orang di luar sana yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini tapi tidak mempunyai atau memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan benih ikan tilapia. Terdapat banyak kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Sabah untuk mereka yang berminat. Jadi ambil peluang ini dan sertai kursus tersebut.

Oleh kerana kekurangan pengetahuan tentang akuakultur di negeri Sabah amnya dan di daerah Keningau khasnya, saya telah menubuhkan satu syarikat iaitu JMD AQUA CONSULTANCY yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat dan juga mewujudkan usaha sama dengan para penternak yang pernah menjalankan aktiviti akuakultur dan telah terbengkalai untuk memulakan semula projek tersebut. Saya bukanlah pakar dalam bidang akuakultur ini tetapi niat saya hanya untuk membantu dan sekaligus memajukan sektor atau industri akuakultur di negeri Sabah amnya dan di daerah Keningau khasnya. Saya merupakan bekas pelatih lepasan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang akuakultur dan sekarang ini saya telah menyambung pelajaran saya dalam program Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang akuakultur. Saya akan tamat pelajaran pada dalam bulan Oktober 2012 dan saya merancang untuk menguruskan syarikat saya ini sepenuh masa setelah tamat belajar nanti. Buat masa ini saya hanya menguruskan syarikat ini separuh masa kerana terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan menguruskan syarikat. Tujuan saya menyambung pelajaran sampai ke tahap diploma adalah untuk mendalami ilmu pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan semua aspek yang berkaitan untuk menguruskan sebuah syarikat yang berasaskan industri akuakultur.

Dengan kemahiran yang saya perolehi, saya merancang untuk menggunakan ilmu dan kemahiran ini untuk membantu mereka yang sangat-sangat berminat dalam bidang akuakultur ini tetapi tidak ada pengalaman dan kemahiran terutama sekali mereka yang memiliki atau mempunyai modal kewangan. Sebab itulah saya menubuhkan syarikat saya ini dengan harapan dapat membantu dari segi khidmat nasihat tentang industri akuakultur dan mungkin juga dapat bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan projek akuakultur atau lebih tepat lagi projek penternakan atau pembenihan ikan atau udang air tawar. Saya harap usaha saya ini mendapat sambutan daripada mereka yang sangat-sangat berminat dalam bidang ini. 

Oleh itu jangan malu dan segan untuk bertanya kepada saya sekiranya ada persoalan tentang cara-cara untuk memulakan projek akuakultur seperti ternakan ikan atau udang air tawar dalam kolam dan pembenihan ikan atau udang air tawar. Saya boleh dihubungi melalui telefon di talian 013-8754206, e-mail : JasonPages@yahoo.com, laman sosial Facebook : https://www.facebook.com/JasonPages atau https://www.facebook.com/pages/JMD-AQUA-Consultancy/170282703024334.

Nantikan post saya tentang cara-cara menjalankan pembenihan ikan tilapia, keli, patin, baung dan udang galah, penyediaan tempat ternakan dan banyak lagi dalam masa yang terdekat. Oleh itu sebarang pertanyaan sila hubungi saya dan saya akan bantu dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat blog saya.

JASON MARTIN
PEMILIK DAN PENGURUS,
JMD AQUA CONSULTANCY.

Sunday, March 13, 2011

JMD AQUA CONSULTANCY

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:

KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN DALAM BIDANG PERIKANAN (AKUAKULTUR):

  • PENYEDIAAN TEMPAT TERNAKAN (HATCERI DAN KOLAM)
  • PENYELENGGARAAN TEMPAT TERNAKAN (HATCERI DAN KOLAM)
  • PEMILIHAN DAN PEMBENIHAN TERNAKAN (AIR TAWAR DAN MARIN)
  • PENYEDIAAN MAKANAN HIDUP DAN RUMUSAN
  • ASUHAN DAN TERNAKAN REGA/BENIH/LARVA TERNAKAN (AIR TAWAR DAN MARIN)
  • PENGAWALAN KESIHATAN DAN RAWATAN PENYAKIT TERNAKAN
  • PENUAIAN HASIL TERNAKAN
  • PEMASARAN HASIL TERNAKAN
  • REKOD DAN ANALISIS
  • RANCANGAN PERNIAGAAN DAN KERTAS KERJA AKUAKULTUR
  • LAIN - LAIN PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN

BERMINAT?
SILA HUBUNGI:-

JASON MARTIN
PENGURUS,
JMD AQUA CONSULTANCY
(SPECIALIZES IN CRUSTACEAN)

013-2246093